Wednesday, October 14, 2009

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2009

Satu Perkhemahan Unit Berunifom (TKRS dan PPIM) telah diadakan di SK Tanjung Perang. Matlamat perkhemahan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar aktiviti-aktiviti yang memberi faedah. Antara objektif perkhemahan ini adalah seperti berikut :
            - Memupuk semangat kerja berkumpulan dalam semua bidang.
            - Menghindarkan diri dari sifat individualistik.
            - Mendidik pelajar ke arah hidup yang berdisiplin.
            - Mencungkil bakat serta mengalakkan potensi sedia ada pada   diri pelajar.
            - Merehatkan minda pelajar dengan aktiviti yang yang dijalankan.
            - Memupuk semangat kerjasama antara pelajar dengan guru dan masyarakat.

Perkhemahan ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 9 - 11 Oktober 2009 bertempat di sekitar kawasan SK Tanjung Perang. Sepanjang perkhemahan ini dijalankan pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diadakan. Antara aktiviti yang diadakan seperti Kembara Malam, Malam Kebudayaan,Aktiviti bersama Jabatan Pertahanan Awam,Pertandingan Gubahan, Jahitan dan Masakan.

Sepanjang perkhemahan ini, para pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan yang diketuai oleh seorang guru kumpulan. Penutup Perkhemahan Unit Beruniform ini telah dirasmikan oleh Dato' Hj. Ismail bin Hj. Abdul Muttalib DIMP.,SAP.,AAP.,AMP.,PKG. merangkap Ahli Parlimen Maran.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Perkhemahan Unit Beruniform SK Tanjung Perang samada secara langsung atau tidak langsung.

Tuesday, September 8, 2009

KURSUS PENGENALAN INTERNET DAN EMAIL

Satu kursus Pengenalan kepada Internet dan E-Mail telah diadakan pada 27 Ogos 2009. Golongan sasaran bagi kursus ini adalah para guru SK Tanjung Perang. Kursus ini adakan pada musim cuti sekolah dan seramai tujuh orang guru telah menyertai kursus ini.Maklumat lain berkenaan kursus ini adalah seperti di bawah :

Tarikh : 27 Ogos 2009 (Khamis)
Masa : 9.30 pg - 12.00 tgh
Tempat : Makmal Komputer SK Tanjung Perang

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua guru cara-cara pengurusan email yang betul. Selepas kursus ini berakhir, semua guru yang terlibat dapat menguruskan email dengan betul.











Tuesday, August 18, 2009

MAKLUMAT ENROLMEN

ENROLMEN
TAHUN L P JUM
PraSekolah 11 5 16
Tahun 1 8 9 17
Tahun 2 12 10 22
Tahun 3 14 16 30
Tahun 4 13 9 22
Tahun 5 16 10 26
Tahun 6 16 13 29

Monday, August 17, 2009

PROGRAM JELAJAH MALAYSIA

Pada 24 April 2009 yang lalu, para pelajar SK Tanjung Perang telah berbaris di tepi jalan sekolah untuk menonton Lumba Basikal Jelajah Malaysia 2009.

Tujuan program ini adalah untuk memberi pengalaman kepada para pelajar sekolah ini mengenai sukan lumba basikal peringkat antarabangsa disamping untuk memberi semangat kepada para pelumba ini.

PROFIL SEKOLAH

No. Pendaftaran Sekolah : CBA9042
Peringkat Sekolah : Pra-Sekolah dan Rendah
Tarikh Tubuh : 01 Januari 1959
Keluasan Sekolah : 5 ekar 2.02 hektar
Bil. Bilik Darjah : 4 ( sekolah dalam proses pembinaan bangunan baru )
Bil. Kelas : 7
Jenis Murid : Lelaki dan Perempuan
Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu
Bil. Guru : 19 orang
Bil. Bukan Guru : 4 orang
Lokasi Pendaftaran : Luar Bandar
Bil. Murid : 162 orang