Wednesday, October 14, 2009

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2009

Satu Perkhemahan Unit Berunifom (TKRS dan PPIM) telah diadakan di SK Tanjung Perang. Matlamat perkhemahan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar aktiviti-aktiviti yang memberi faedah. Antara objektif perkhemahan ini adalah seperti berikut :
            - Memupuk semangat kerja berkumpulan dalam semua bidang.
            - Menghindarkan diri dari sifat individualistik.
            - Mendidik pelajar ke arah hidup yang berdisiplin.
            - Mencungkil bakat serta mengalakkan potensi sedia ada pada   diri pelajar.
            - Merehatkan minda pelajar dengan aktiviti yang yang dijalankan.
            - Memupuk semangat kerjasama antara pelajar dengan guru dan masyarakat.

Perkhemahan ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 9 - 11 Oktober 2009 bertempat di sekitar kawasan SK Tanjung Perang. Sepanjang perkhemahan ini dijalankan pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diadakan. Antara aktiviti yang diadakan seperti Kembara Malam, Malam Kebudayaan,Aktiviti bersama Jabatan Pertahanan Awam,Pertandingan Gubahan, Jahitan dan Masakan.

Sepanjang perkhemahan ini, para pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan yang diketuai oleh seorang guru kumpulan. Penutup Perkhemahan Unit Beruniform ini telah dirasmikan oleh Dato' Hj. Ismail bin Hj. Abdul Muttalib DIMP.,SAP.,AAP.,AMP.,PKG. merangkap Ahli Parlimen Maran.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Perkhemahan Unit Beruniform SK Tanjung Perang samada secara langsung atau tidak langsung.