Tuesday, September 8, 2009

KURSUS PENGENALAN INTERNET DAN EMAIL

Satu kursus Pengenalan kepada Internet dan E-Mail telah diadakan pada 27 Ogos 2009. Golongan sasaran bagi kursus ini adalah para guru SK Tanjung Perang. Kursus ini adakan pada musim cuti sekolah dan seramai tujuh orang guru telah menyertai kursus ini.Maklumat lain berkenaan kursus ini adalah seperti di bawah :

Tarikh : 27 Ogos 2009 (Khamis)
Masa : 9.30 pg - 12.00 tgh
Tempat : Makmal Komputer SK Tanjung Perang

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua guru cara-cara pengurusan email yang betul. Selepas kursus ini berakhir, semua guru yang terlibat dapat menguruskan email dengan betul.