Friday, March 26, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA MSS ZON CHENOR 2010


Kejohanan Olahraga MSS bagi peringkat Zon Chenor telah diadakan pada 25 Mac 2010 (Khamis) di Kompleks Sukan MSN , Bandar Jengka. Sebanyak tiga belas buah sekolah di peringkatZon Chenor telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Kejohanan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang.
Majlis penyampaian hadiah diadakan sejurus semua acara tamat. Johan keseluruhan Kejohanan Olahraga MSS Zon Chenor 2010 adalah SK TANJONG PERANG. Sekolah ini telah berjaya mengutip 11 pingat emas.Tahniah diucapkan kepada semua atlet yang mengharumkan nama sekolah. Kepada semua guru pengiring tahniah di atas pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang melatih atlet-atlet sekolah ini sehingga berjaya dinobatkan JOHAN KESELURUHAN pada tahun ini.


Tuesday, March 2, 2010

Majlis Orientasi PRA Sekolah dan Tahun Satu 2010

                          Hari               :     Isnin hingga Rabu
                          Masa             :     8.00 pg hingga 12 tgh
                          Peserta          :     Murid PRASekolah dan Tahun 1
                                                       Guru-guru yang terlibat
                                                       Ibubapa / penjaga PRASekolah dan Tahun 1

Majlis Orentasi para pelajar PRA Sekolah dan Tahun Satu SK Tanjong Perang telah diadakan selama tiga hari bermula 4 hingga 6 Januari 2010. Antara objektif majlis ini adalah seperti berikut :-

                1. Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan alam persekolahan .
                2. Murid-murid merasa seronok berjumpa kawan baru dan cuba menyesuaikan diri dengan   suasana yang baru.
               3. Memotivasikan murid-murid supaya merasa gembira dan seronok untuk datang ke sekolah.
               4. Mengurangkan perasaan takut di kalangan murid-murid.
               5. Murid-murid didedahkan dengan peraturan-peraturan sekolah.