Friday, March 26, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA MSS ZON CHENOR 2010


Kejohanan Olahraga MSS bagi peringkat Zon Chenor telah diadakan pada 25 Mac 2010 (Khamis) di Kompleks Sukan MSN , Bandar Jengka. Sebanyak tiga belas buah sekolah di peringkatZon Chenor telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Kejohanan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang.
Majlis penyampaian hadiah diadakan sejurus semua acara tamat. Johan keseluruhan Kejohanan Olahraga MSS Zon Chenor 2010 adalah SK TANJONG PERANG. Sekolah ini telah berjaya mengutip 11 pingat emas.Tahniah diucapkan kepada semua atlet yang mengharumkan nama sekolah. Kepada semua guru pengiring tahniah di atas pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang melatih atlet-atlet sekolah ini sehingga berjaya dinobatkan JOHAN KESELURUHAN pada tahun ini.


2 comments:

jamaluddin said...

Tahniah....tentu nanti ramai pelajar sekolah ini akan mewakili Malaysia.

FS SKTP said...

Insyallah...

Post a Comment