Thursday, November 11, 2010

Keputusan UPSR 2010

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya dalam peperiksaan UPSR 2010. Seramai tujuh orang pelajar sekolah ini mendapat keputusan 5A dan lima orang mendapat keputusan 4A.

Tidak dilupakan sekalung ucapan terima kasih kepada semua guru yang tidak jemu memberi bimbingan kepada semua pelajar tanpa mengira penat dan lelah.

KEPUTUSAN 5A
1. Mohamad Nur Armin Ikhmal bin Abd. Rahman
2. Muhammad Azib bin Azib
3. Muhammad Zakiuddin bin Imran
4. Muhammad Nafis bin Shafandi
5. Norhaiza binti Zakaria
6. Nur Azmina binti Osman
7. Siti Haslinda binti Alias

KEPUTUSAN 4A
1. Ahmad Ammar bin Mohd Yusof
2. Muhammad Amirul Hakimi bin Ismail
3. Muhammad Nurhanif bin Mohd Nasri
4. Nur Rafhanah binti Roslan
5. Nurul Ismah binti Wahid Anuar

Wednesday, November 10, 2010

Ceramah Persediaan Ke Sekolah Menengah

Tarikh             : 10 November 2010
Hari                : Rabu
Masa              : 8.30 pagi
Tempat           : Makmal Komputer SK Tanjung Perang
Penceramah    : En. Yang Amri bin Awang Mat Yassin
                        Kaunselor SM Teknik Pertanian

Satu Program PASCA UPSR 2010 untuk semua pelajar Tahun Enam.

Ceramah Kempen Anti Merokok

Tarikh          : 9 November 2010
Hari             : Selasa
Masa           : 8.30 pagi
Tempat        : Makmal Komputer SK Tanjung Perang
Penceramah : Wakil Pusat Kesihatan Pekan Awah

Satu Program PASCA UPSR 2010 untuk semua pelajar Tahun Enam.

Ceramah Keselamatan & Jenayah di Kalangan Remaja

Tarikh          : 2 November 2010
Hari             : Selasa
Masa           : 8.30 pagi
Tempat        : Makmal Komputer SK Tanjung Perang
Penceramah : IPD Maran

Satu Program PASCA UPSR 2010 untuk semua pelajar Tahun Enam.

Thursday, October 28, 2010

Ceramah Bahaya Gejala Dadah

Tarikh           :       19 Oktober 2010 (Selasa)
Masa            :       8.30 pagi
Tempat         :      Makmal Komputer SKTP
Penceramah  :   AADK Daerah Maran 

Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2010

Tarikh          :     8 - 10 Oktober 2010
Hari             :     Jumaat - Ahad
Tempat        :     Kawasan SKTP
Penglibatan  :     Pelajar Tahun 3,4,5 dan 6

Program Bulan Bahasa Peringkat Sekolah 2010

Tarikh       :      8 Oktober 2010 (Jumaat)
Masa        :      7.45 pagi
Tempat     :      Dewan SKTP

Monday, October 18, 2010

Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Solat Hajat

Tarikh        :        17 September 2010
Masa         :        8.00 pagi
Tempat      :        Kantin dan Dewan SKTP

Thursday, September 2, 2010

Majlis Khatam Al-Quran

Tarikh            :    3 September 2010 (Jumaat)
Masa               :    7.45 pagi
Tempat          :    Dewan SK Tanjung Perang
Penglibatan  :    Semua pelajar, guru dan kakitangan SK Tanjung Perang

Wednesday, August 25, 2010

Tadarus Al-Quran

Sepanjang bulan Ramadhan, Tadarus Al-Quran diadakan pada setiap hari pada waktu rehat. Tadarus Al-Quran ini diadakan di Anjung Bestari SK Tanjong Perang.

Thursday, August 19, 2010

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Tarikh : 16 Ogos 2010
Masa : 7.45 pg - 8.30 pg
Tempat : Dataran Perhimpunan

P3 (Tahun 1 - Tahun 5) & P5 Tahun 6 2010

Tarikh : 23.08.2010 hingga 26.08.2010
Berikut adalah jadual bagi peperiksaan tersebut.

Saturday, August 7, 2010

Keputusan Percubaan UPSR 2010

Majlis Perjumpaan & Motivasi Ibu Bapa Pelajar Tahun 6 2010

Tarikh : 7 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 pg
Tempat : Kelas Tahun 6

Penceramah Motivasi :
En. Nik Abdullah bin Nik Mohd Zin

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Matematik

Tarikh  :  6 Ogos 2010 (Jumaat)
Masa  :  9.00 pg
Tempat  :  Kelas Tahun 6

Penceramah  :  En. Md. Ruday b. Ab. Hamid
(Guru Besar SK Pulau Pasir Mandi, Temerloh)

Tuesday, July 27, 2010

Weekend Trip to Cameron Highland

Hujung minggu lepas beberapa orang guru SKTP ke Cameron Highland. Tujuan ke Cameron Highland adalah untuk membuat tinjauan bilik bagi Family Day SKTP pada bulan Oktober akan datang.

Peperiksaan Percubaan UPSR 2010

Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR 2010 kepada semua adik-adik Tahun Enam (27-29/07/2010). Good Luck and all the best..

Thursday, July 22, 2010

Lawatan Ilmiah

Satu lawatan ilmiah ke Kuantan telah diadakan pada 20 Julai 2010 (Selasa). Seramai dua orang pelajar Tahun 4, sepuluh orang pelajar Tahun 5 dan semua pelajar Tahun 6 terlibat dalam lawatan ini. Lawatan ini telah diiringi oleh empat orang guru SK Tanjung Perang.

Antara tempat yang dilawati sempena Lawatan Ilmiah ini seperti :

1. SM Sains Sultan Hj. Ahmad Shah
2. Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Tanjung Lumpur
3. RTM Pahang
4. East Coast Mall
5.Annexe Rest House (Jamuan Makan Malam bersama Menteri Besar Pahang)

Diharap semua pelajar yang terlibat dalam lawatan ini mendapat manfaat yang berguna dan menjadi sumber inspirasi terutamanya kepada pelajar Tahun 6 untuk menghadapi UPSR tidak lama lagi.

Monday, July 5, 2010

Kem Bestari Solat Siri 3

  Tarikh   :  2 Julai 2010
  Tempat  :  Makmal Komputer SK Tg. Perang
  Masa     : 8.30 pg - 1.30 ptg
  Penglibatan  :  Semua pelajar Tahun 1- Tahun 4

Thursday, July 1, 2010

Program Motivasi Tahun 6

Tarikh      :  13 Julai 2010 (Selasa)
Masa       :  9.00 pg
Tempat    :    Kelas Tahun
Penglibatan  :  Semua Pelajar Tahun 6 SK T. Perang
Penceramah : En. Khairudin (Guru Besar SK Kuala Wau)

Pelaporan Murid

Masa   :   8.00 pg
Tempat  :  Bilik Darjah
Penglibatan  :  Semua ibubapa/penjaga murid SK Tg. Perang

Mesyuarat KMK Kali Ke-5

Tarikh    :     28 Jun 2010
Tempat  :     Kantin SK Tanjung Perang
Masa     :     1.05 ptg

Penglibatan   :   Semua guru dan kakitangan sekolah
Agenda        :   1) Pekeliling cuti
                       2) Program Bijak Sifir
                       3) Program Nilam

Wednesday, June 16, 2010

Karnival Pendidikan Luar Pusat Kokurikulum Peringkat Negeri Pahang 2010

Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah, Jabatan Pelajaran Pahang telah mengadakan program ini seperti ketetapan berikut :

Tarikh           :    6 - 9 Jun 2010
Pendaftaran  :   2.30 ptg (6 Jun 2010)
Tempat          :   Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan

Pihak sekolah ini telah menghantar lapan orang peserta Tahun 6 dan seorang guru pengiring bagi menyertai Karnival Pendidikan ini.

Friday, June 4, 2010

Cuti Penggal Ke-2

Selamat bercuti kepada semua warga pendidik dan pelajar SK Tg Perang.Tapi cuti sekolah jangan la pula terus lupa kn buku ye..Untuk pelajar Tahun 6 Kelas Tambahan berjalan seperti biasa.

Wednesday, June 2, 2010

Minggu Peperiksaan


Selamat menduduki peperiksaan P2 untuk semua pelajar T1 - T5 dan P3 untuk pelajar T6 di SK Tanjung Perang (1 - 4 Jun 2010)
@@@@Good Luck & All The Best@@@@

Thursday, May 27, 2010

Pertandingan Gubahan Bunga (PPIM)

Tarikh : 26 Mei 2010 (Rabu)
Masa : 1.05 - 2.05 ptg
Penyertaan : Semua pelajar Persatuan Puteri Islam Malaysia SK Tg. Perang

Monday, May 24, 2010

Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia

Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia adalah resolusi daripada persidangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang telah bersidang pada 15 Nov 1995. Hasil daripada resolusi ini maka diisytiharkan pada 23 April setiap tahun dijadikan sebagai Hari Buku Sedunia dan Hak Cipta Sedunia.

Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2010 peringkat SK Tanjong Perang pula telah dilancarkan oleh Pn. Zamiah Saleh, Guru Besar SKTP pada hari Isnin, 24 Mei 2010 pada waktu perhimpunan mingguan di Dataran Perhimpunan sekolah. Aktiviti ini berlangsung selama seminggu sehingga 27 Mei 2010.

Tujuan utama Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia ini disambut bagi memartabatkan kedudukan buku sebagai sumber pengetahuan utama. Walaupun teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkembang pesat ketika kini tetapi buku sebagai wadah untuk dijadikan rujukan serta membina peradaban dunia kekal dan tidak berubah.

Sepanjang tempoh seminggu selepas dilancarkan di peringkat sekolah ini, pelbagai aktiviti telah diatur untuk memupuk dan membudayakan tabiat membaca secara berterusan di kalangan warga SKTP. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh tersebut adalah seperti pertandingan mewarna bagi Tahap 1 dan Pertandingan Melukis Poster dan Menulis Dialog bagi Tahap 2. Kedua-dua aktiviti ini dijalankan pada waktu P&P Pendidikan Seni mengikut kelas masing-masing supaya tidak mengganggu aktiviti P&P yang lain.

Majlis penutup Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia telah diadakan pada hari terakhir minggu tersebut iaitu pada 27 Mei 2010. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pn. Zamiah bt Saleh, Guru Besar SKTP. Pada majlis itu juga Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang yang telah menyertai aktiviti yang diadakan sepanjang minggu Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Berikut merupakan nama pemenang yang menerima hadiah berdasarkan kepada aktiviti yang telah mereka sertai :

TAHAP 1 (PERTANDINGAN MEWARNA)

TAHUN 1
1. Nur Alya Insyirah bt Rosli
2. Aqilah Nazihah bt Zainuddin
3. Mohammad Farizullah b. Rozman

TAHUN 2
1. Farhana bt Hazimi
2. Mohd Amir b. Yuzaimi
3. Nur Addiany

TAHUN 3
1. Alyya' Saffa bt Nor Aza
2. Nur Hafira Illiani bt abd Jalil
3. Nurul Farisha bt Roslan

TAHAP 2 (PERTANDINGAN MELUKIS DAN MENULIS DIALOG)

TAHUN 4
1. Qisti Nadinie bt Mazlan
2. Wan Mohd Hanif b. Wan Azmi
3. Siti Nur Najwa bt Othman

TAHUN 5
1. Nur Liyana bt Abd Rais
2. Nur Iffah Nadhirah
3. Nur Syairah bt Abu Bakar

TAHUN 6
1. Mohd Zakiuddin
2. Hussin b. Zakaria
3. Wan Abd Hassib

Friday, May 14, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2010

Tarikh      :   17 Mei 2010 (Isnin)
Tempat    :   SK Tanjong Perang

Tema       :   Guru Pembina Negara Bangsa
Objektif   :   Memupuk semangat guru sebagai pendidik anak bangsa dan pencetus generasi berwawasan
Matlamat :   Merapatkan hubungan antara guru,staf sekolah dan murid supaya akademik dan kokurikulum dapat dipertingkatkan.
Bacaan Ikrar Guru Malaysia
Nyanyian Lagu Guru Malaysia dan Lagu Tema Hari Guru
Permainan Sempena Sambutan Hari Guru


Persembahan Murid dan Guru
Sesi bertukar-tukar hadiah

Gotong-Royong Perdana


Tarikh       :      15 Mei 2010
Masa        :      8.30 pagi
Tempat     :      Sekitar SKTP

Gotong-royong perdana diadakan serentak di seluruh negara sempena Sambutan Hari Guru 2010. Semua pelajar Tahun Enam, guru-guru dan kakitangan sekolah terlibat dalam gotong-royong perdana ini.

Wednesday, May 12, 2010

Perjumpaan Mentor Mentee UPSR 2010

Tarikh     :  5 Mei 2010 (Rabu)
Masa      :  11.00 pagi
Tempat   :  Kelas Tahun 6
Agenda   : 
1) Sesi Motivasi/Tazkirah oleh Ustaz Mohd Zaid yang bertajuk Adab dengan Guru.
2) Sesi perkenalan Mentor dan Mentee.
3) Sesi bermaafan pelajar Tahun Enam dengan semua guru dan kakitangan.

Hari Guru 2010 - Guru Pembina Negara Bangsa

Objektif Hari Guru Malaysia
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

           Kami sentiasa menjunjung
           Perlembagaan negara
           Kami mengamalkan
           Prinsip-prinsip Rukun Negara
           Pada setiap masa

Lagu Tema 2010 (Guru Pembina Negara Bangsa)

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya


Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Thursday, May 6, 2010

Majlis Solat Hajat UPSR 2010

                                          Tarikh   :   29 April 2010 (Khamis)
                                          Masa    :   Maghrib hingga Isyak
                                          Tempat :   Dewan Sekolah

Majlis Solat Hajat UPSR 2010 diadakan pada 29 April 2010. Majlis ini bermula dari solat Maghrib dan berakhir selepas solat Isyak. Semua guru, pelajar Tahun Enam dan ibubapa/penjaga murid Tahun Enam terlibat dengan solat hajat ini.

Selepas majlis selesai para jemputan dihidangkan dengan jamuan ringkas yang di masak secara gotong-royong oleh semua kakitangan SK Tanjong Perang.

Wednesday, May 5, 2010

Kursus EduWebTV (LADAP)

                                   Tarikh     :    26 April 2010 (Isnin)
                                    Masa      :    3.00 - 5.00 ptg
                                   Tempat   :    Makmal Komputer SK Tanjong Perang

Kursus Pengenalan dan pendedahan EDUWEBTV kepada semua guru SK Tanjong Perang telah diadakan seperti tarikh di atas. Antara objektif kursus ini dijalankan adalah:
   1. Memahami dan mengetahui secara keseluruhan definisi,visi dan misi EDUWEBTV
   2. Mengetahui semua saluran dan jenis pengguna yang terdapat dalam portal ini.
   3. Mengetahui keperluan asas dalam menggunakan Portal EDUWEBTV.

                              

Kursus ini telah dikendalikan oleh dua orang fasilitator iaitu Cik Noridah bt Abdul Rahman(Fasilitator Schoolnet) dan Pn. Wan Izmawati bt Wan Ibrahim(Guru Perpustakaan dan Media).

Friday, March 26, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA MSS ZON CHENOR 2010


Kejohanan Olahraga MSS bagi peringkat Zon Chenor telah diadakan pada 25 Mac 2010 (Khamis) di Kompleks Sukan MSN , Bandar Jengka. Sebanyak tiga belas buah sekolah di peringkatZon Chenor telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Kejohanan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang.
Majlis penyampaian hadiah diadakan sejurus semua acara tamat. Johan keseluruhan Kejohanan Olahraga MSS Zon Chenor 2010 adalah SK TANJONG PERANG. Sekolah ini telah berjaya mengutip 11 pingat emas.Tahniah diucapkan kepada semua atlet yang mengharumkan nama sekolah. Kepada semua guru pengiring tahniah di atas pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang melatih atlet-atlet sekolah ini sehingga berjaya dinobatkan JOHAN KESELURUHAN pada tahun ini.


Tuesday, March 2, 2010

Majlis Orientasi PRA Sekolah dan Tahun Satu 2010

                          Hari               :     Isnin hingga Rabu
                          Masa             :     8.00 pg hingga 12 tgh
                          Peserta          :     Murid PRASekolah dan Tahun 1
                                                       Guru-guru yang terlibat
                                                       Ibubapa / penjaga PRASekolah dan Tahun 1

Majlis Orentasi para pelajar PRA Sekolah dan Tahun Satu SK Tanjong Perang telah diadakan selama tiga hari bermula 4 hingga 6 Januari 2010. Antara objektif majlis ini adalah seperti berikut :-

                1. Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan alam persekolahan .
                2. Murid-murid merasa seronok berjumpa kawan baru dan cuba menyesuaikan diri dengan   suasana yang baru.
               3. Memotivasikan murid-murid supaya merasa gembira dan seronok untuk datang ke sekolah.
               4. Mengurangkan perasaan takut di kalangan murid-murid.
               5. Murid-murid didedahkan dengan peraturan-peraturan sekolah.

Monday, February 8, 2010

MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR SK TANJONG PERANG (PN ROSLIZAH BT MAHMUD)

                                       Tarikh    : 5 Februari 2010 (Jumaat)
                                        Masa     : 7.45 pagi
                                        Tempat  : Dataran Perhimpunan SK Tanjong Perang


Thursday, February 4, 2010

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Satu Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah diadakan pada 4 Februari 2010 (Khamis). Semua pelajar Tahap Dua telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang menang dalam pertandingan ini.Kepada yang kurang bernasib baik teruskan usaha anda.


Senarai Pemenang (Kategori Lelaki)
Johan           :  Fathi Syarqawi bin Mohd Majdan
Naib Johan   :  Nasrullah bin Zalillah
Ketiga          :  Izhar bin Junaidi
Keempat      :  Mohd Nur Hanif bin Nasri
Kelima         :  Aliff Iskandar bin Azman 

Senarai Pemenang (Kategori Perempuan)
Johan         :   Nur Iffah Nadhirah bt Abd Rahman
Naib Johan :   Alya Faqihah bt Mohd Risda
Ketiga        :   Siti Nur Najwa bt Othman
Keempat    :   Qisti Nadinie bt Mazlan
Kelima       :    Nur Liyana bt Abdul Rais