Thursday, July 22, 2010

Lawatan Ilmiah

Satu lawatan ilmiah ke Kuantan telah diadakan pada 20 Julai 2010 (Selasa). Seramai dua orang pelajar Tahun 4, sepuluh orang pelajar Tahun 5 dan semua pelajar Tahun 6 terlibat dalam lawatan ini. Lawatan ini telah diiringi oleh empat orang guru SK Tanjung Perang.

Antara tempat yang dilawati sempena Lawatan Ilmiah ini seperti :

1. SM Sains Sultan Hj. Ahmad Shah
2. Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Tanjung Lumpur
3. RTM Pahang
4. East Coast Mall
5.Annexe Rest House (Jamuan Makan Malam bersama Menteri Besar Pahang)

Diharap semua pelajar yang terlibat dalam lawatan ini mendapat manfaat yang berguna dan menjadi sumber inspirasi terutamanya kepada pelajar Tahun 6 untuk menghadapi UPSR tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment