Thursday, May 27, 2010

Pertandingan Gubahan Bunga (PPIM)

Tarikh : 26 Mei 2010 (Rabu)
Masa : 1.05 - 2.05 ptg
Penyertaan : Semua pelajar Persatuan Puteri Islam Malaysia SK Tg. Perang

Monday, May 24, 2010

Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia

Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia adalah resolusi daripada persidangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang telah bersidang pada 15 Nov 1995. Hasil daripada resolusi ini maka diisytiharkan pada 23 April setiap tahun dijadikan sebagai Hari Buku Sedunia dan Hak Cipta Sedunia.

Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2010 peringkat SK Tanjong Perang pula telah dilancarkan oleh Pn. Zamiah Saleh, Guru Besar SKTP pada hari Isnin, 24 Mei 2010 pada waktu perhimpunan mingguan di Dataran Perhimpunan sekolah. Aktiviti ini berlangsung selama seminggu sehingga 27 Mei 2010.

Tujuan utama Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia ini disambut bagi memartabatkan kedudukan buku sebagai sumber pengetahuan utama. Walaupun teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkembang pesat ketika kini tetapi buku sebagai wadah untuk dijadikan rujukan serta membina peradaban dunia kekal dan tidak berubah.

Sepanjang tempoh seminggu selepas dilancarkan di peringkat sekolah ini, pelbagai aktiviti telah diatur untuk memupuk dan membudayakan tabiat membaca secara berterusan di kalangan warga SKTP. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh tersebut adalah seperti pertandingan mewarna bagi Tahap 1 dan Pertandingan Melukis Poster dan Menulis Dialog bagi Tahap 2. Kedua-dua aktiviti ini dijalankan pada waktu P&P Pendidikan Seni mengikut kelas masing-masing supaya tidak mengganggu aktiviti P&P yang lain.

Majlis penutup Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia telah diadakan pada hari terakhir minggu tersebut iaitu pada 27 Mei 2010. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pn. Zamiah bt Saleh, Guru Besar SKTP. Pada majlis itu juga Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang yang telah menyertai aktiviti yang diadakan sepanjang minggu Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Berikut merupakan nama pemenang yang menerima hadiah berdasarkan kepada aktiviti yang telah mereka sertai :

TAHAP 1 (PERTANDINGAN MEWARNA)

TAHUN 1
1. Nur Alya Insyirah bt Rosli
2. Aqilah Nazihah bt Zainuddin
3. Mohammad Farizullah b. Rozman

TAHUN 2
1. Farhana bt Hazimi
2. Mohd Amir b. Yuzaimi
3. Nur Addiany

TAHUN 3
1. Alyya' Saffa bt Nor Aza
2. Nur Hafira Illiani bt abd Jalil
3. Nurul Farisha bt Roslan

TAHAP 2 (PERTANDINGAN MELUKIS DAN MENULIS DIALOG)

TAHUN 4
1. Qisti Nadinie bt Mazlan
2. Wan Mohd Hanif b. Wan Azmi
3. Siti Nur Najwa bt Othman

TAHUN 5
1. Nur Liyana bt Abd Rais
2. Nur Iffah Nadhirah
3. Nur Syairah bt Abu Bakar

TAHUN 6
1. Mohd Zakiuddin
2. Hussin b. Zakaria
3. Wan Abd Hassib

Friday, May 14, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2010

Tarikh      :   17 Mei 2010 (Isnin)
Tempat    :   SK Tanjong Perang

Tema       :   Guru Pembina Negara Bangsa
Objektif   :   Memupuk semangat guru sebagai pendidik anak bangsa dan pencetus generasi berwawasan
Matlamat :   Merapatkan hubungan antara guru,staf sekolah dan murid supaya akademik dan kokurikulum dapat dipertingkatkan.
Bacaan Ikrar Guru Malaysia
Nyanyian Lagu Guru Malaysia dan Lagu Tema Hari Guru
Permainan Sempena Sambutan Hari Guru


Persembahan Murid dan Guru
Sesi bertukar-tukar hadiah

Gotong-Royong Perdana


Tarikh       :      15 Mei 2010
Masa        :      8.30 pagi
Tempat     :      Sekitar SKTP

Gotong-royong perdana diadakan serentak di seluruh negara sempena Sambutan Hari Guru 2010. Semua pelajar Tahun Enam, guru-guru dan kakitangan sekolah terlibat dalam gotong-royong perdana ini.

Wednesday, May 12, 2010

Perjumpaan Mentor Mentee UPSR 2010

Tarikh     :  5 Mei 2010 (Rabu)
Masa      :  11.00 pagi
Tempat   :  Kelas Tahun 6
Agenda   : 
1) Sesi Motivasi/Tazkirah oleh Ustaz Mohd Zaid yang bertajuk Adab dengan Guru.
2) Sesi perkenalan Mentor dan Mentee.
3) Sesi bermaafan pelajar Tahun Enam dengan semua guru dan kakitangan.

Hari Guru 2010 - Guru Pembina Negara Bangsa

Objektif Hari Guru Malaysia
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

           Kami sentiasa menjunjung
           Perlembagaan negara
           Kami mengamalkan
           Prinsip-prinsip Rukun Negara
           Pada setiap masa

Lagu Tema 2010 (Guru Pembina Negara Bangsa)

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya


Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Thursday, May 6, 2010

Majlis Solat Hajat UPSR 2010

                                          Tarikh   :   29 April 2010 (Khamis)
                                          Masa    :   Maghrib hingga Isyak
                                          Tempat :   Dewan Sekolah

Majlis Solat Hajat UPSR 2010 diadakan pada 29 April 2010. Majlis ini bermula dari solat Maghrib dan berakhir selepas solat Isyak. Semua guru, pelajar Tahun Enam dan ibubapa/penjaga murid Tahun Enam terlibat dengan solat hajat ini.

Selepas majlis selesai para jemputan dihidangkan dengan jamuan ringkas yang di masak secara gotong-royong oleh semua kakitangan SK Tanjong Perang.

Wednesday, May 5, 2010

Kursus EduWebTV (LADAP)

                                   Tarikh     :    26 April 2010 (Isnin)
                                    Masa      :    3.00 - 5.00 ptg
                                   Tempat   :    Makmal Komputer SK Tanjong Perang

Kursus Pengenalan dan pendedahan EDUWEBTV kepada semua guru SK Tanjong Perang telah diadakan seperti tarikh di atas. Antara objektif kursus ini dijalankan adalah:
   1. Memahami dan mengetahui secara keseluruhan definisi,visi dan misi EDUWEBTV
   2. Mengetahui semua saluran dan jenis pengguna yang terdapat dalam portal ini.
   3. Mengetahui keperluan asas dalam menggunakan Portal EDUWEBTV.

                              

Kursus ini telah dikendalikan oleh dua orang fasilitator iaitu Cik Noridah bt Abdul Rahman(Fasilitator Schoolnet) dan Pn. Wan Izmawati bt Wan Ibrahim(Guru Perpustakaan dan Media).